Dimaklumkan bahawa Pegawai Farmasi lantikan kontrak Gred UF41 di KKM yang memenuhi syarat-syarat berikut adalah layak untuk menerima tawaran
penyambungan kontrak secara one-off berikutan wabak COVID-19 selama satu (1) tahun:
- pegawai lantikan kontrak tahun 2016 dan 2017 yang telah setuju terima kontrak enam bulan kedua berikutan COVID-19 dan tamat dengan jayanya; dan
- pegawai lantikan kontrak tahun 2018 yang berjaya menamatkan kontrak pada tahun 2021.
Urusan ini akan dilaksanakan secara
berperingkat mengikut
tarikh lantikan melalui sistem e-Pharmacist.
Pegawai yang terlibat akan menerima e-mel pemakluman mengenai sesi muat turun dokumen pelarasan pada
hari sistem dibuka dan dokumen tersebut hendaklah dimuat turun oleh pegawai dalam tempoh yang ditetapkan.
Jadual sesi muat turun dokumen tawaran penyambungan kontrak secara one-off berikutan
wabak COVID-19 adalah seperti berikut:
| Bil |
Tarikh lantikan |
*Sesi muat turun dokumen |
| 1 |
Bil. 2 Tahun 2018 (2.4.2018) |
1.4.2021 (Khamis) jam 12 tengah hari hingga 4.4.2021 (Ahad) |
| 2 |
Bil. 1 Tahun 2017 (17.4.2017) |
12.4.2021 (Isnin) jam 1 petang hingga 14.4.2021 (Rabu) |
| 3 |
Bil. 1 Tahun 2018(15.1.2018) |
21.4.2021 (Rabu) jam 12 tengah hari hingga 25.4.2021 (Ahad) |
| 4 |
Bil. 1 Tahun 2016 (5.12.2016) |
26.4.2021 (Isnin) jam 12 tengah hari hingga 28.4.2021 (Rabu) |
| 5 |
Bil. 2 Tahun 2017(24.7.2017) |
30.4.2021 (Jumaat) jam 12 tengah hari hingga 2.5.2021 (Ahad) |
| 6 |
Bil. 3 Tahun 2017 (25.9.2017) |
3.5.2021 (Isnin) jam 12 tengah hari hingga 5.5.2021 (Rabu) |
*Sesi muat turun ini adalah tertakluk kepada ketersediaan sistem e-Housemen ketika itu.
Sebarang perubahan akan dimaklumkan melalui e-mel kepada pegawai.
Pemakluman mengenai tawaran pelantikan secara kontrak sebagai
Pegawai Farmasi
lantikan Bil. 3 Tahun 2018 (30.7.2018) dan seterusnya akan dimaklumkan
kemudian oleh KKM secara berperingkat.
Tawaran ini adalah terbatal sekiranya berlaku
peletakan jawatan, penamatan kontrak atau
isu
tatakelakuan sepanjang tempoh kontrak pegawai di KKM. Penempatan bagi semua pegawai
terlibat adalah dikekalkan di penempatan sedia ada.
Dokumen yang telah lengkap hendaklah dikemukakan kepada Bahagian Sumber Manusia,
KKM melalui Ketua Jabatan masing-masing. Sebarang pertanyaan lanjut,
boleh dikemukakan melalui e-mel kepada
bsmlantikan@moh.gov.my