Aliran Proses


PEMILIHAN PENEMPATAN SISTEM EPHARMACIST BAGI PEGAWAI FARMASI GRED UF41 LANTIKAN TETAP TAHUN 2023
  • Sistem ini akan dibuka mulai jam 12.00 tengah hari, 6 Jun 2023 (Selasa) hingga 11.59 malam, 8 Jun 2023 (Khamis) untuk pilihan penempatan bagi Pegawai Farmasi UF41 yang berjaya temuduga lantikan tetap tahun 2023.
  • Pegawai-pegawai yang layak membuat pemilihan penempatan akan menerima notifikasi emel daripada pihak pentadbir sistem mulai 30 Mei 2023.
  • Pegawai adalah diwajibkan untuk membuat pilihan penempatan. Sebarang kegagalan untuk membuat pilihan penempatan akan menyebabkan tawaran lantikan tetap terbatal.
  • Tarikh lantikan tetap tuan/puan adalah pada tarikh tuan/puan melaporkan diri bertugas di fasiliti. Tarikh lapor diri pegawai adalah pada 31 Julai 2023.
  • Sebarang permohonan penangguhan lapor diri bertugas adalah tertakluk kepada kelulusan Ketua Jabatan baharu pegawai. Penangguhan lapor diri akan memberi implikasi kepada tarikh kuat kuasa pelantikan tetap.
  • Pelantikan tetap pegawai akan terbatal sekiranya pegawai tidak melapor diri bertugas kepada Ketua Jabatan baharu pada tarikh yang ditetapkan.
  • Sila pastikan tuan/puan telah membuat pengesahan penempatan dan mencetak slip paparan keputusan untuk simpanan.

Sila klik Log Masuk untuk meneruskan permohonan ini.
Sekiranya anda masih belum pernah menggunakan sistem ini. Sila klik Pendaftaran Baru untuk meneruskan Permohonan anda.
Untuk makluman tuan/puan, Kementerian Kesihatan Malaysia telah memperoleh pensijilan MS ISO 37001 Anti Bribery Management System (ABMS). Sila scan kod QR di bawah untuk rujukan. Kerjasama tuan/puan adalah dipohon untuk membaca, memahami dan mematuhi Polisi Anti Rasuah.
Aliran Proses
Sebarang pertanyaan/cadangan, sila hubungi Bahagian Sumber Manusia ditalian 03-8883 2795/ 2798/ 2803 atau emelkan kepada bsm2@moh.gov.my.